Friday, 8 February 2013

What a Busy Day


Dihari pagi yang indah bagi diri aku yang tak pergi sekolah. sebernanya cerita ni hari khamis lepas. cerita aku kebanyakkan semua yang dah lepas-lepas. okey balik cerita asal. aku bangun je dari tidur hari tu au tengok semua orang dah takde. mungkin aku ada dalam Narnia kot. bangun-bangun aku terdengar orang berselawat. masa tu baru aku teringit yang hari khamis tu ada perarakkan Maulidur Rasul. antara tu jugak sebab-sebab aku tak datang sekolah. aku cakap dekat mak aku yang esok ada sambutan maulidur rasul, tapi yang terlibat hanya 100 orang. mak aku senyap. takpe, senyap tandanya setujukan? dalam pukul lapan tu aku pergi tengok orang berarak. semua sekolah, jkkk, kerja, dalam daerah itu semua terlibat. bayangkan lah ramai mana.

Pukul 12 hampir tiba. aku dah janji dengan kawan aku yang aku nak pergi masukkan duit dalam bank tabung haji. baikkan aku? aku pun naik basikal pergi rumah dia. tak jauh pun. ternampak lah pulak aku mcd. dekat kedai mak aku tadi aku just makan mee goreng. tak kenyang kot. so, duit pun bawak cukup-cukup nak masuk dalam bank, tak jadi lah aku nak merasai breakfast di mcd. 2 minit sebelum sampai dekat rumah kawan aku, aku pun hantar mesej dekat kawan aku. tak sempat sent lagi dia dah tunggu aku dekat luar rumah dia. bagus-bagus, tak lah aku nak membazir kreadit aku hantar mesej dekat dia. nampak sangat aku kedekut. sampai-sampai, aku borak sekejap dengan dia, dan terus ke bank. masuk je dalam bank, dapat aku merasai air cond. oh! sungguh nyaman seperti berada di taman bunga. cewaahhh ayat, macam nak kena buku lima. aku masuk dan ambil borang kemasukkan. semua orang tengok dekat aku. maybe dia tengok sebab aku aku tak ke sekolah kot. dalam 15 minit aku tunggu, tibalah giliran aku nak pergi ke kaunter. aku keluarkan duit berjuta-juta tu masukkan kedalam bank. wait, berjuta-juta? okey tak lawak.

Hari dah tengah hari. matahari betul-betul atas kepala. panas memang panas lah. so aku berehat lah dulu sambil borak-borak. si kawan aku tu pulak paksa jugak aku duduk sampai lah pukul 3:30.  bayangkan aku buat apa dekat situ. macam ada musyuarat je kan. than duduk-duduk dekat situ, kawan aku pun ajak masuk pondok dia, tak perasan pun situ ada pondok. dari luar dah macam stor. tapi masuk dalam, AWESOME!!!! siap ada kipas, katil, sofa, sound box, komik dan macam-macam lagi. best dia memang tak terkata. tak boleh bayang aku pondok yang diluar nampak macam tak pape, tapi masuk dalam memang terbaikkkkkkkk. betul cakap orang, jangan nak tengok orang dari luaran, tapi dalaman dia. biar luar tak awesome, tapi dalam mesti awesome. faham kan maksud aku? lepastu kawan aku cakap nak ajak aku pergi kepcie(KFC). aku pun setuju lah. lagi pun kawan aku berlanja. aku telefon amir kawan aku sorang lagi, suruh datang rumah azran yang aku cerita-ceritakan tadi. dengan tetibe je dia dah terpacak dekat depan pintu pondok tu. sekejap je kan?  amir datang tak sampai 5 minit terus blaaa. aku pun sekali berambus jugak lah. dah 3 jam aku duduk dekat situ.

Aku balik dengan mengayuh basikal fixie aku tuh, terserempak pulak dengan si asyraf. dia ajak aku pergi bank BSN, punya penat aku ulang alik boleh dia ajak aku pulak. so aku tak sampai hati nak biarkan dia, aku pun suruh dia tunggu 15 minit. aku balik aku mandi, tukar baju, makan, dan terus keluar. sibuknya aku tak terkata. katanya dia nak keluakan duit, sampai 200 hingetttt. buat apa pun aku tak tahu. biarkan lah dia. duit dia, bukan duit aku yang aku nak bergi tanya. jam menunjukkan pukul 4:45 minit. tapi aku still ada dekat bank. pukul 5 aku nak pergi kepcie.

Dalam pukul 4:55 tu aku pun teru balik dengan pantasnya. tak sempat aku nak duduk, terus amir call aku. katanya dia dah nak sampai. aku pun mengeluh sambil lap peluh, terus aku pergi kepcie. dalam hari yang sama ada pesta buku dengan pasar minggu. jalan sibuk tu tak payah nak cakap lah kan. sampai dekat kepcie, diorang tak sampai lagi. kalau tahu aku duduk lama lagi dekat rumah. aku duduk depan kepcie tu, terserempak aku dengan 2 orang gay. first time aku tengok orang macam tu berkelakuan pegang tangan. naik muak aku. aku perhatikan dia, tapi muka macam orang bangla. ada taste ulak mamat tu dengan bangla tu. dunia-dunia. lepas tu aku nampak kelibat dua kawan aku tu. lambat sungguh diorang jalan. aku dah kebulur dah ni. aku masuk terus beratur dan amir keluarkan duit 100 hingeeet bagi dekat aku. dia suruh aku order. aku okey je. siap-siap makan semua. diorang ajak bergi bandar. si amir tu nak pergi cri xperia z katanya. tapi bial ditanya, tak sampai lagi. yang aku ni duduk tergila-gila dengan galaxy note II. sabar jerlah. jalan-jalan dan terus balik. dan satu lagi, thank you amir belanja aku. bye

                                                                 that my best friend

1 comment:

  1. pndai ngejas ayat boh.. dlm krngan bm, wt ar gtuh tep.. confirm 'A' bm.. haha.

    ReplyDelete