Assalamualaikum
harini masuk dah berapa minggu aku dah tak update blog. aku sibuk kalah Perdana Menteri kau tahu. cikgu bagi homework macam aku ni ada sepuluh tangan. cikgu bagi homework dekat kita sebab dia dengki dengan kita. dia tahu dia sibuk dekat rumah, dia pun tak nak tengok kita duduk senang, nak jugak bagi kita sibuk. okey tak lawak. aku rasa, kalau cikgu aku baca entry aku kali ni memang mampus aku, jadi sup manusia kerat 16 aku. untuk masa ni aku tumpu dekat homework dulu sebab aku ni kan tahun ni PMR (Pelajar Makan Rambutan) so aku kena rajin-rajin sikit. siang malam hadap homework je aku ni.
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal homework tu pun, sampai satu perenggan aku cerita pasal homework, macam tah pape je kan? begini ceritanya, kau kenal Puan Berry? tipu lah kalau kau tak kenal. dia tu famous k famous. tapi sayangnya aku dengan dia hanya bertahan 3 bulan je. cewaahhh ayat aku, macam orang sedang bercinta kan? Puan Berry lah barang aku paling sayang sekali. dia lah segala-galanya bagi aku. tak ada Puan Berry, maka tak ada lah Facebook or Twitter. kau faham kan? aku dengan Puan Berry sangat rapat, sampai aku nak berenggang dengan dia pun aku takut. yang paling dasyat lagi, dalam jamban pun aku bawak. gila tak kau. banyak kenangan aku dengan dia tak boleh dilupakan. aku selalu kena marah bila 24jam je aku hadap Puan Berry aku tu. dah kalau tinggal, mesti tak berbalas lah semua tweet dengan facebook tu. bunyi "tak berbalas" macam orang kerja je. okey duckface sekali.
Perkara yang paling perit sekali bila aku bersama dengan Puan Berry ialah, Puan Berry jatuh. itulah perkara yang paling menyedihkan bagi aku. kesian Puan berry aku. yang paling gembira ialah, dia dapat join aku pergi KL sesama. best je bila duduk dalam bas bersama Puan Berry aku. Tenang je rasa. kau mesti nak kenal sangat kan Puan Berry tu siapa? biar aku habiskan cerita aku dulu. Puan Berry bersama aku 3 bulan 12 hari *reka je*. masuk tahun 2013 memang berazam aku nak lepaskan Puan Berry aku. tapi aku rasa, kehilangan Puan Berry aku tahun ni amat menyedihkan.
Tak terkandung lagi siapa itu Puan Berry. kau tunggu jelah sampai entry aku habis ok? aku bercadang nak bersama Puan Sam bulan 3 ni, tapi tu pun aku tak tahu jadi ke tak. aku harap-harap jadi lah. tapi ada kebaikan jugak aku lepaskan Puan Berry aku. tanpa dia, aku buat homework dan tanpa dia jugak aku sunyi.
PUAN BERRY......
Dan sekarang masanya aku nak ceritakan siapa itu Puan Berry dan Puan Sam. Puan Berry tu adalah si BlackBerry aku. lawak kan? sambil tangan ke bahu mata ke atas. dan Puan Sam tu, aku rasa mesti korang memang tak boleh ideal langsuang apa itu SAM? korang mesti tunggu entry aku selepas aku dah bersama Puan Sam. tu pun kalau jadi. kalau tak jadi, melepaslah aku. homework menunggu! bye
Puan Berry....Jaga diri

No comments:
Post a Comment