Friday, 15 February 2013

Nasib Malang?


Assalamualaikum.
Sebelum aku cerita, entry kali ni macam biasa lah, yang dah lepas. hari selasa. entry aku semuanya lepas-lepas, macam tak syok je kan? okey dah. aku acah-acah je lah hari ni hari selasa okey? okey. bermulanya pagi selasa yang happy chikibom gitu, aku dikejutkan oleh mother love aku untuk pergi ke sekolah. kenapa hari selasa? kan hari ahad dengan isnin cuti sebab raya cina. then, aku memandi siap semua-semua dan terus ke sekolah. sebelum ke sekolah nasib malang aku yang pertama ialah tayar basikal fixie aku kempis. OMG. OMG. OMG. eleh aku ni, siap OMG bagai, padahal memang dah kempis. aku je yang pemalas nak hantar dia pergi hopital basikal. maklumlah, busy aku ni taraf perdana menteri k.

Pukul 7:10 minit aku sampai dekat sekolah.aku tengok sekeliling semua orang macam mood kena bom. okey itu perkara biasa. diorang nak cuti seminggu lettew. aku pandang kanan, pandang kiri, aku rasa ada someone yang hilang. aku pun jerit*dalam hati*, AMIR mana!!!!!!!? aku terus pergi kelas sebelah cari kawan aku sorang lagi si Azran budak pendek nak mampus atau nama comel dia Matyang. kenapa aku kata dia pendek? sebab dia ada bagi nama baru dekat aku, iaitu ROY. okey memang langsung tak masuk dengan ROY dan nama aku FIKRI. dia kata aku buncit, tapi buncit tak sedap dengar katanya, so dia panggil aku boroi, dan keluar lah boROY. aku rasa kawan aku tu patut digilis hidup-hidup.*back* aku pergi kelas dia dan tengok kiri kanan dan menjerit MATYANGGGGG!!!!! semua pandang aku walaupun dalam kelas tu sorang batang hidup pun takde. okey tak lawak k tak lawak. dalam kepala aku dah fikir yang aku akan jalani hidup di sekolah dengan anoying sensorang tanpa mereka. so sad. yang aku cerita memanjang-manjang sampia satu perenggang ni nasib malang yang kedua.

Aku malas nak cerita panjang-panjang dekat sekolah tu sebab kalau aku cerita mesti korang akan menderita sseperti mana aku menderita sebab amir dengan matyang tak datang. sakit nooooo hati aku ni.balik sekolah aku tengok semua orang balik berkumpulan. kecuali ahmad. dia sensorang je, biasa si matyang gedempol yang biasa balik dengan dia, tapi harini tak. cuaca dengan sini tak menentu sikit. kenkadang hujang, lepastu panas, 5 minit hujan, panas balik, macam tu lah. aku ni nak keluar rumah pun rasa teragak-agak sebab takut hujan. so aku duduk rumah dan teringat satu perkara. perkara tu ialah kakak aku ajak suruh aku teman dia pergi beli hengphonggg baru. aku pun ikut lah. kakak aku sorang lagi bawak kereta dan nyut nyut nyut dah sampai dekat bandar. sehari sebelum tu dah pergi tapi tutup. memang wajar lah tutup, kan hari tu still orang cine beraya. dekat bandar tu 90% orang cina yang berkuasa. tah pape k tah pape. menyusahkan orang je. kakak aku suruh turun pergi tengok kedai buka ke tak. aku pun pergi. tak sampai sekerat jalan, hujan turun. okey itu nasib malang yang ketiga. aku pun duk intai-intai kedai tu buka ke tak macam pencuri. kedai tu buka. YES!*dalam hati*. then aku hantar text dekat kakak aku yang kedai buka. dengan tak berbalas apa semua, tengok kakak aku dua orang tu duk berlenggang dengan payung. yang aku ni kesejukan+kebasahan duduk tengok dia. bukan nak tolong aku. duduk punya lama dekat kedai phone tu, phone yang kakak aku nak beli tu takde stok. apa-apa hal deposit. malas nak cerita pepeanjang.

Hari semakin lebat, aku dengan kakak aku cepat-cepat balik. aku balik je.....*bunyi drum* KASUT SEKOLAH AKUUUUU!!! okey ini nasib malang aku yang keempat.aku duduk bising sensorang

"camne nak gi sekolah esok ni kasut basah"

aku pun pergi mengadu dekat mak aku. ceh, macam budak darjah satu je kan? mak aku pun suruh letak surat khabar dalam kasut tu, aku pun letak lah. malam harinya si amir hantar text dekat aku

"wae! nak jadual esok"

"kau dah kenapa tak datang sekolah? aku ni duk mengila kau dengan matyang tak datang"

"aku deman lah bongok. cepat lah jadual. esok pun belum tentu aku pergi sekolah"

"Okokok. Take care :p and bla bla bla"

hari dah lewat malam. aku ambil kasut aku yang berisi surat khabar tu letak dalam bilik aku dan letak depan kipas. aku harap di cepat kering. harap sangat. okey bye.

                                        *aku nangis macam ni? hahahahah k -.-

No comments:

Post a Comment