oh! tengok tajuk entry aku dah macam baik kan? okey... hari ni aku tak tahu nak buat ape. Bangun pagi mandi semua, terus aku hadap tv. Cuti sekolah yang amat membosan kan.... Nak je aku pergi sekolah, tapi tan nak hadap muka cikgu yang hensome and lawa-lawa tu...*tangan ke bahu, mata ke atas* macam kejam je bunyinya
Aku malas nak cerita panjang-panjang, so aku cerita terus pasal tajuk yang aku nak cerita tu.. tepat pukul 1 tengah hari kak yaya aku tanya dekat aku "Fikri, nak buat polkadot tak?" aku pun dengan suka gembira tertawa kau memang deboooo menjawab, "JOMMMM! bosan ni". Kak yaya pun dengan belagak macam Bos kapal selam menyuruh aku ambil bahan-bahan nak buat.. dia ingat aku anak buah dia kot...
Selepas bahan-bahan di masuk kan.... aku pun putar-putar mengunakan alat pemutar tu, aku pun tak tahu menatang mende namanya -,-... dalam 30 minit kemudian, Mak kesayangan aku pun turun... dan berkata "Tengah buat ape tu" aku pun dengan niat nak bergurau pun berkata " Tak nampak ke, baiki basikal" Mak aku pun tersengih-sengih melihat anaknya yang patut dibagi makan oleh buaya..
Lepas dah siap-siap semua tu, aku pun susun bekas nak isi acuan tu, bekas tu macam lebh kurang bekas cukcake lah. Lepas siap-siap letak dalam acuan tu, kak yaya pun berkata "Fikri, bukak lagu" aku pun dengan tangan yang hampir nak patah buat polkadot tu pun buka lah lagu yang dia selalu dengar, MUARA HATI...Sambil-sambil dia buat polkadot tu, dia pun menyanyi lah lagu muara hati tu sampai screen telifon aku retak seribu..okey aku gurau....
lepas tu aku pun ambil satu polkadot yang belum siap di lukis, hajat di hati saja nak berkreatif sikit.. aku pun lukis...dan ini hasilnya.... memang comel macam aku
Kak yaya pun cakap dekat aku"comelnye..." dalam hati aku cakap " Baru perasan comel ke?" aku rasa kalau lah dia dengar ape yang aku cakap tu, mati aku disumbat polkadot dalam lobang hidung aku. Aku pun malas dah nak buat entry ni panjang-panjang, dan ini lah hasilnya bila dikukus :). Bye


