Thursday, 17 January 2013

Gunting rambut


Assalamualikum
okey friend. Hari ni aku nak cerita pasal perkara yang aku paling geram dalam hidup aku ialah gunting rumbut. Sebenar-benarnya ni cerita hari sabtu 5.1.2013. Tahun ni aku PMR, homework pun banyak. sekarang sekolah balik pukul 3. Balik terus buat homework.Untuk blog aku sanggup update walaupun cerita ni dah lama. Kuatnya ingatan aku kan? Aku selalu naik geram dengan tukang kedai gunting rambut ni. Tapi satu je aku suka tentang kedai dia, dia tahu aku nak trend macam mana. Kalau kedai lain dia buat rambut aku style budak sekolah. Tapi aku rasa aku still sekolah.*duckface*. Aku nak potong rambut sebab cikgu dah bagi warning dekat aku suruh potong rambut. So, aku malas nak kecutkan muka aku dengan ugutan cikgu aku tu yang macam aku buat kes pembunuhan. Aku jadualkan macam ni, petang tu dalam pukul 5 nak pergi gunting rambut, tapi aku teringat yang kawan aku ajak aku lepak mcd harini. Aku pun dah lama nak makan mcd walaupun 2 hari lepas aku baru sudah makan prosperity burger.aku tahu kalau aku pergi kedai gunting rambut tu nasib malamg memang bersama aku.

Malam.
Aku ambil duit sepuluh hingeeeeeett dalam wallet aku, ambil kunci motor dan vrom-vrom! nampak sangat lesen takde kan? baru tingkatan 3. Sambil aku duduk atas motor tu, aku nyanyi lagu payphone. Wait!!! perlu ke aku cerita sampai aku nyanyi lagu apa? Okey dah.Dalam hati aku cuma cakap, " Ya Allah! aku harap sangat aku nak balik sebelum pukul 9. Tapi aku rasa tidak.Dah sampai dekat kedai tu, tukang gunting rambut tu pandang tepat dalam-dalam mata aku. Dan bila aku duduk je, tukang gunting tu pun berkata "eh! tunggu sekejap ye, aku nak pergi sembahyang". Okey muka aku masa tu tak payang nak bayangkan. Memang dia nak buat perangai dia macam dulu. Then, aku duduk, duduk, duduk dan duduk sampailah ada seorang pakcik datang dekat aku dan tanya "adik buat apa dekat sini". Pakcik ni memang tak tahu ke atau buat-buat tak tahu? Kalau aku jawab aku tengah menjual ikan, biadap pulak kan. So aku pun berkata sambil membaling senyuman yang manis chiki-chiki bomm!

Aku: Nak gunting rambut, tukang gunting rambut pergi sembahyang

Pakcik: oh! okey. Nanti kalau tukang gunting rambut tudah keluar, kata dekat dia yang pakcik nak gunting, pakcik nak pergi surau sekejap

Aku pun belum sempat jawab lagi dia dah blaa. Senyum pun tidak. Fade up aku kalau ada orang macam ni. Okey sambung,jam masa tu dah pukul 8:15 minit dan aku still sabar dengan perangai dia yang entah pape tu.Lepas tu aku terdengar pintu rumah dia terbuka, tukang gunting rambut tu keluar dan masuk balik. Menganjing gila kau tahu tak? Pukul 8:30 baru dia keluar dengan lenggangnya. 30 minit aku duduk dekat luar seorang diri. Aku tak marah dia nak sembahyang, yang aku marah dia siap boleh makan lagi.Hey abang! aku datang nak gunting rambut bukanya datang nak tunggu kau. Then, dia pun buka pintu kedai dia dan aku berkata "abang, tadi ada pakcik datang nak gunting rambut, tapi dia pergi surau sekejap". Abang gunting rambut tu buat tak tahu je. Masa tu aku dah hilang sabar, nak je aku ambil gunting dekat depan tu dan gunting telinga dia tu. Aku malas dah nak layan dengan perangai dia tu. Aku duduk depan cermin tu dan berangan yang aku ni handsome macam Bruno Mars malah Bruno Mars pun kalah.Abang yang nak gunting rambut tu boleh pulak pergi menyapu rambut-rambut yang bertaburan dekat lantai tu. Abang tu start mengunting dan aku kata:

Aku: Abang, potong atas je ye, tepi dah pendek

Tukang gunting: Nak layyer? boleh je

Aku: Abang! *sambil tenung tepat dalam mata* saya nak gunting atas sahaja, gunting dulu baru layyer!

Tukang gunting: Ye! Ye! nanti aku layyer lah!

Okey! aku rasa abang tu dah gila dan patut letak dekat hospital yang berdekatan.lepastu aku kaji sedikit demi sedikit aku kaji dia tu, rupenya di pekakkk! Tak berbaloi aku cakap dekat dia! Lepastu aku tengok dia dan cakap kuat-kuat "Abanggg!!! Gunting atas sahaja, Layyer kemudian!" dia angguk je. Harap-harap dia faham lah. Nasib baik takde orangdekat situ. Ketawa kecil aku dibuatnya. satu persatu nasib malang aku pergi kedai dia. Jam menujukkan pukul 8:45 dan abang tu still potong rambut aku dan start membebel

Tukang gunting: eh! kau kenal budak dekat luar tu?

Aku: tak kenal lah.
.
Tukang gunting: dia tu anak sedara aku, hmm, anak sedara aku, nakal, tak larat nak jaga. Memang nakal sangat. nakal sangat. Takde siapa nak jage sebab nakal.. hmmm. nakal!

Aku tak kisah dia nak cerita pasal anak sedara dia, tapi tak payah lah sampai nak ulang dua tiga kali. Buat sakit hati je. Lepastu dia punya membebel tu tersangat-sangat-sangat-sangat panjang. Then siap gunting rambut aku tanya berapa ringgit dan dia jawab hanya RM3 ringgit! Terkezzzzuttttt berokk aku dibuatnya, dengan beruk-beruk terkejut sekali. Aku pun ala-ala orang kaya ambil duit dan bagi dan terus berambus. Balik tu aku merempit. Okey tak lawak!

BYE

                      RAMBUT BARU! hirau kan misai dengan muka mintak kaki aku tu.

No comments:

Post a Comment