Wednesday, 5 December 2012

Akhir Tahun

Assalamualaikum,
hai, hari ni aku nak cerita pasal jamuan akhir tahun sekolah aku. Tetibe je aku rasa baik dan teringin dan bla bla bla nak buat post tentang jamuan akhir tahun nie. Aku cerita dari sehari sebelum jamuan tersebut...

HARI RABU
Sebenarnya aku tak nak pun pergi sekolah hari rabu tu, aku just nak baring-baring dekat rumah sebab 3 hri lepas aku ada pergi kem, best jugak pergi kem tu, kalau aku nak cerita pasal kem tu sampai esok tak habis. So aku pun terpaksa pergi sekolah hari rabu tu, lepas tu aku masuk dalam kelas aku, Ya Allah! kelas macam dah macam longkang pecah, bukan macam lagi memang longkang pecah. hancur! patah seribu! berderai! melebih pulak aku. lepas tu aku pun dudup diam sambil bertwitter. tengok! sekolah aku boleh bawak telifon, kau hadooooooooo? lepastu budak-budak kelas aku menjerit bagai macam ada Hulk nak datang salam dengan aku, hahaha! lawak kan? Rupa-rupanya cikgu kelas aku yang nak datang,Cikgu Ba. Baru pucat muka aku, gelabah nak sorak kat mana telifon...cikgu ba pun duduk sambil mengeluh dan berkata "hari ni cikgu nak bincang pasal jamuan akhir tahun awak, awak, semua" berapa banyak awak lah cikgu ni.. kite semua pun dudup berbincang pasal jamuan akhir tahun tu... Sebenarnya bukan kita, tapi budak perempuan je.. budak lelaki semua kejam...okey. lepatu aku aku dikejutkan dengan berita yang tergempar! jamuan Speech Choir je pun. aku ada masuk speech choir dapat no.2, tak dapat pergi peringkat negeri. so aku pun cakap denkat cikgu ba "cikgu, pukul 10 saya nak turun, ada jamuan speech choir" cikgu ba pun balas balik "okey, cikgu nak sikit makanan" aku pun berkata dalam hati, banyak cantik muka kau, okey. aku gurau, gurau aku memang kejam
bila dah siap- siap makan semua, aku pun naik kelas, aku tengok budak kelas aku semua duk bersih kelas, bagus, tak payah aku nak lelah-lelah keluarkan peluh aku. okey! cukup sampai sini

HARI KHAMIS, JAMUAN
Hari ni aku happy sangat sebab aku dapat makan *Tetibe* aku dudup kelas sebelah sambil borak-borak dengan kawan aku, aku malas nak dudup kelas aku, kelas aku duk sibuk mengemas.. aku nak makan je..haha, lepastu aku pun teringat yang hari khamis tu birthday kawan aku AIDIL, aku pun whatsapp dengan dia sambil hantar video "Happy Birthday", terharu katenye, terharu sangat aku sumbat kek dalam mulut kau keluar dekat mata baru tahu... tepat pukul 11 pagi, majlis pun bermula.. kate cikgu aku kena bercakap depan cikgu. dah la aku ni pemalu tahap gaban. so, aku beranikan diri pergi bercakap depan cikgu dan kawan-kawan aku macam orang gila. lepas siap semua... makan lah jawabnyaaaa. masa yang aku tunggu-tunggukan. aku pun makan mengalah kan kawan aku, aidil! kalau dia baca post ni mesti dia ada hajat nak kerat badan aku dan dibagi makan anai-anai (anai-anai makan daging ke?) Dah! stop sampai sini. aku malas nak cerita panjang-panjang, kau tengok lah gambar aku upload tu...okey! bye

                                          ni lah yang aku makan
                                          kelas aku yang aku cakap, memang buruk
                                          selamat menjamu selera
                                          kek ni kawan aku yang sponser

                                                        ni cikgu ba yang aku maksud kan
                                          tu aku, memang malu *tutup muka*


No comments:

Post a Comment